KOTA KINABALU, 06 NOV, 2011. Jabatan Penjara Malaysia Sabah telah menghantar seramai 13 orang pemain veteran bagi mengikuti kejohanan tersebut yang berlangsung selama sehari bertempat di Stadium Likas Kota Kinabalu anjuran Borneo Sports & Adventure Holidays. Majlis Perasmian disempurnakan oleh En. Scoot Ollerensow. Pasukan Jabatan Penjara Malaysia, Sabah yang diketuai Pengurus Pasukan PP Jaikol Bin Gubal telah berjaya sehingga ke peringkat akhir di mana tewas kepada Pasukan Max 10 dengan jaringan (2)-(3) dan membawa pulang hadiah sebanyak RM 1,500 beserta tropi.
""